Tuesday, March 3, 2009

TENAGA SKALAR (Scalar Eenergy)


“TENAGA SKALAR” MELANCARKAN PEREDARAN DAN MENGIMBANGKAN FREKUENSI TENAGA BADAN

Semua kehidupan adalah tenaga bahkan badan kita juga mempunyai tenaga. Untuk mengecapi dan mengekalkan kesihatan yang baik, kita mesti melindungi pengaliran (atau peredaran) tenaga dan frekuensinya ke seluruh badan.
Pada kali ini penulis berkesempatan berjumpa dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin di Pusat Rawatan Qalbun Salim, Kota Bharu. Beliau akan berkongsi dengan pembaca sekelian akan satu penemuan sains tentang tenaga yang dipanggil Tenaga Skalar (Scalar Energy)
” Fizik kuantum adalah merupakan prinsip-prinsip perubatan tenaga. Segala-galanya dalam alam semesta adalah diperbuat oleh tenaga. Seperti semua jirim, badan manusia bukan sekadar struktur fizikal kimia, ia juga mempunyai medan tenaga-medan tenaga tidak ketara yang dikenali sebagai bio-tenaga. Kita memancar, menyerap dan mengalir frekuensi gelombang tenaga secara berterusan. Tenaga biopenting kepada kehidupan manusia, dan kadang-kala dipanggil “medan bio”, “tenaga penting”, “aura”, “Qi” (Cina), “Prana” (India), “Mana” (Polinesia), “Qudratun” (Islam), “Ki” (Jepun), dan sebagainya. Untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan baik, kita mesti melindungi pengaliran tenaga biopenting ini ke seluruh badan. Alirannya mesti kekal bebas, dan dalam getaran atau frekuensi sempurna. Sebarang gangguan atau ketidakseimbangan saluran tenaga bio atau “getaran” akan membawa kepada ketidakharmonian, badan tidak sihat dan penyakit.”
“Malangnya, pelbagai faktor seperti tekanan, pencemaran, peningkatan radiasi daripada gelombang electromagnet (telefon bimbit, radio, komputer, televisyen, ketuhar gelombang mikro, wayarles, dsb), cara hidup sedentari, air berkualiti rendah dan diet kurang baik, boleh melemahkan tenaga biobadan atau mengganggu pengaliran dan peredarannya” ujar Prof. Dr. Hj. Shahrin.
“Medan elektromagnet daripada alat dan pewayaran elektrik, telefon bimbit dan pencawang elektrik berkuasa tinggi boleh mengganggu frekuensi tenaga badan menyebabkan keletihan dan masalah kesihatan serius yang lain”, tambahnya.

Tenaga Skalar: Memperkasakan dan Menyeimbangkan Frekuensi Tenaga Badan

Tenaga skalar sentiasa wujud. Hanya baru-baru ini para saintis telah membuat penemuan ke atas tenaga skalar ini dan telah mula mencipta kaedah untuk menggunakannya bagi tujuan meningkatkan kesihatan umat manusia. Kewujudan tenaga skalar telah pertama kali disebut oleh seorang pakar matematik Scotland James Clerk Maxwell pada tahun 1880an. Hampir 500 tahun selepas itu, seorang bernama Nicola Tesla telah berjaya membuktikan tentang kewujudan tenaga skalar, dan hampir 100 tahun selepas itu baru para santis dapat sekali lagi menunjukkan secara positif tentang kewujudan tenaga skalar. Kewujudan tenaga skalar juga diiktiraf oleh pemenang Hadiah Nobel, Albert Einstein Penyelidik di Institusi Max Planck, German, mendapati bahawa tenaga sklar melerai dan mengaktifkan sel-sel hidup. Tenaga skalar juga meningkatkan tenaga selular bertrilion-trilion sel dan paras tenaga badan secara keseluruhan, dan menghilangkan kesan buruk frekuensi buatan manusia. Bersama ini membantu mengimbang dan menguatkan tenaga bio badan.

Tenaga skalar adalah berbeza dari medan electromagnetic hertzian yang standard dalam beberapa cara:-

i. Tenaga skalar adalah lebih berbentuk suatu medan, dan ia berkebolehan mengisis environment di sekitarnya. Hakikat ini perlu diingati dalam proses mengembangkan teknogi mengisi produk-produk kesihatan dengan tenaga skalar.
ii. Tenaga skalar mempunyai kebolehan untuk menembusi objek-objek yang pejal tanpa mengalami kehilangan intensity. Ciri yang terdapat pada tenaga skalar sangat berguna dalam usaha saintis untuk mengembangkan teknologi yang membolehkan produk-produk diisi dengan tenaga skalar.
iii. Semua medan elektrik boleh diimplant signature atau dimasukkan pengenalan peribadinya ke atas objek-objek, tetapi tahap kuasa untuk diimplant atau dimasukkan signaturenya itu tidaklah sehebat tahap yang mampu dilakukan oleh tenaga skalar. Dalam proses kita mempelajari dan memahami tenaga skalar, perhatian kita perlu ditumpukan kepada mekanisme memindahkan medan tenaga ke dalam produk-produk, dan selepas itu memindahkan caj tenaga daripada produk-produk ke dalam setiap sel dalam tubuh kita.
iv. Tenaga skalar berkemampuan untuk bangkit semula dan memperbaiki dirinya secara tidak berterusan. Sebaik sahaja caj tersebut telah diimplant ke dalam tubuh anda melalui amalan mengambil produk-produk yang sudah dicaj itu.
v. Frekuensi skalar yang betul akan dapat menghasilkan kesan yang menakjubkan terhadap tubuh manusia.
vi. Gelombang skalar boleh dibangkitkan semula (regenerate) dengan beberapa cara, iaitu secara electronik, magnetik, physical atau optical.
vii. Cara tenaga skalar dimasukkan ke dalam produk-produk adalah sama dengan cara caj dipindahkan dari produk-produk kepada tubuh manusia.
viii. Lebih bertenaga atau lebih organik sesuatu bahan itu, maka lebih besar medan tenaga yang terdapat padanya, dan ternyata produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga sentiasa menunjukkan bahawa ia mempunyai medan tenaga yang lebih luas.
ix. Kajian santifik telah membuktikan bahawa tenaga skalar berupaya mengimplant dirinya ke atas DNA pada tubuh kita.

Ada beberapa khasiat kesihatan yang boleh kita perolehi dari amalan mengambil produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar, dan khasiat-khasiat ini adalah termasuk:-

i. Kebolehan untuk menyah dan menghilangkan kesan-kesan yang di wujudkan oleh frekuensi buatan manusia ke atas tubuh manusia.
ii. Peningkatan tahap tenaga dalam setiap sel tubuh kita.
iii. Perlindungan DNA daripada kerosakan melalui amalan mengambil produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar.
iv. Bertambahnya tahap ketertelapan (permeability) pada dinding sel, dan ini akan memudahkan pengambilan nutrient-nutrient kedalam setiap sel tubuh kita, dan juga memudahkan pengeluaran bahan buangan daripada sel-sel. Keputusannya ialah produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar akan menyebabakan tiap-tiap sel dalam tubuh kita menjalani proses detoksifikasi.
v. Tenaga skalar berkebolehan mengurangkan luas permukaan yang ketegangan pada produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar, dan ini akan banyak mengurangkan masa yang diperlukan tubuh kita menyerap (assimilate) produk-produk tersebut.
vi. Penambahan tahap tenaga badan secara keseluruhan disebabkan bertambahnya tahap tenaga pada peringkat cellular.
vii. Bertambahnya fungsi immunisasi sehingga 149%.
viii. Bertambahnya kebolehan kita dari segi tumpuan mental.
ix. Mengimbangi kedua hemisfera otak kita.
x. Bertindak sebagai anti-depressant.
xi. Amalan selalu mengambil produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar memainkan yang besar dari segi pencegahan dan/ atau menterbalikkan (reversing) penyakit kanser.

“Apabila tubuh manusia menghadapi serangan sel-sel yang dijangkiti kanser, voltan sel-sel yang telah dijangkiti itu akan menurun, dan ini akan menyebabkan sel-sel yang dijangkiti itu membiak atau proliferate secara tak terkawal. Pengambilan produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar akan menyebabkan voltan sel-sel berkenaan menjadi “normal” kembali” ujar Prof. Dr. Hj. Shahrin.
Fakta-fakta lain yang berkaitan dengan produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar adalah meliputi yang berikut:

i. Lebih tinggi mutu produk yang ditambah nilai dengan tenaga skalar lebih lama tempoh masa produk-produk itu akan berpegang kepada caj itu.
ii. Tidak ada sesuatu yang janggal berhubung dengan tenaga skalar. Justeru itu, produk-prpduk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar adalah selamat digunakan. Ia adalah semata-mata merupakan proses memasukkan frequency-frequency yang berunsur penyembuh/ memberi tenaga ke dalam produk-produk berbanding dengan proses memasukkan frequency yang bersifat membahayakan.
iii. Produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar akan dapat diserap dengan lebih pantas, akan dapat bekerja dengan lebih pantas, dan akan menghasilkan keputusan yang lebih baik.
iv. Produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar akan berupaya masuk kedalam tubuh anda dengan lebih pantas dan akan bertindak dengan lebih baik berbanding dengan produk-produk yang tidak ditambah nilai dengan tenaga skalar.
v. Produk-produk yang telah ditambah nilai dengan tenaga skalar juga bertindak untuk mengcaj setiap sel dalam tubuh anda dengan gelombang-gelombang yang berkebolehan merangsang kesihatan.
vi. Lebih banyak produk-produk yang mempunyai unsur tenaga skalar yang anda gunakan dan lebih kerap anda menggunakan produk-produk tersebut, maka akan lebih mengkagumkan kesannya dari segi merangsang kesihatan anda, dan kesan-kesan ini bertindak secara kumulatif.

“Hasil dari itulah, saya telah membuat suatu pembaharuan dalam produk keluaran saya dengan satu formulasi yang terbaru dan lebih efektif serta inovatif. Formulasi ini juga disinkronisasikan secara holistik dengan menerapkan 27 level bioenergi, 7 gelombang Hizib yang mempunyai kekuatan Perlindungan, Pencegahan, Penghancuran, Kebesaran dan Kemuliaan, doa-doa pembangkit gelombang otak, Frekuensi Kalamullah, Kod 99 Asmaul Husna dan kekuatan Bioenergi. Gabungan unik ini menjadikan semua produk keluaran saya istimewa dan padat dengan faedah-faedah kesihatan yang cukup banyak dan yang paling utama ialah kemampuan membekalkan nutrien dan zat kepada badan terutamanya otak dan membantu menggalakkan proses pemikiran yang lebih cerdas dan efektif. Sebab itulah produk saya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh pengguna seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura”, bicara Prof. Dr. Hj. Shahrin sebagai menutup tirai perbincangan Buletin Rakyat dengan beliau.

Antara produk Inovatif yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin ialah Brain Zabib, Penawar ESQ, Qirana Sinus, Qirana Bio Salt, Qirana Vico, Zam-zam Syifa’, Qirana Drops dan Qirana Sinus Spray.

Jadi bagi anda yang hendak mengenali kaedah rawatan dan kursus yang dijalankan oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman, anda bolehlah melawat blog beliau iaitu http://qalbunsalimhealingcentre.blogspot.com dan http://mindgymkursus.blogspot.com

Anda juga boleh menghubungi beliau melalui telefon 0129819425 / 0129086425 / 097745200.bagi mendapatkan produk-produk keluaran beliau.

Artikel ini disiarkan dalam akhbar Buletin Rakyat.

No comments: