Tuesday, March 3, 2009

KELEBIHAN FORMULA YANG DIADUNKAN OLEH PROF. DR. HJ. SHAHRIN ABD. RAHMAN

Bio Energi (Tenaga Hayat)

Tenaga hayat’ ini merujuk kepada satu tenaga dalaman (inner energy) yang sememangnya sedia ada di dalam tubuh manusia sebagai satu kekuatan yang akan mempengaruhi pula kekuatan fizikal, mental dan emosional seseorang. Gabungan energi-energi kosmik dengan tenaga dalam ini, mampu memberikan manfaat dan kebaikan optimum kepada manusia dalam pelbagai dimensi, bidang dan juzuk hidup mereka.

Air Zam-zam
Rasulullah SAW bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya." Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh.
"Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air Zam-zam, ianya mengenyangkan dan menyembuh penyakit" (HR Bukhari dan Muslim.)
Subhanallah. Sebab itulah air zamzam begitu berkhasiat, kerana ia menyimpan pesanan do'a jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS.

Frekuensi Kalamullah (Al Quran, Hizib, Doa)
Al Quran apa bila dibacakan nada bunyinya mempunyai perkara berikut:

1)Frequency
2)Resonance
3)Peak Amplitude
4)Energy

1)Eksperimen sains menunjukan apabila ayat Al Quran di baca, tiga perkara di atas mempengaruhi gelombang otak manusia atau makhluk lain.

2)Apabila kalimah Bismilah di bacakan, stuktur hablur kristal pada air berubah menjadi bentuk seperti berlian.

3)Apabila Surah Yassin di bacakan denyutan eletrik yang mengerakkan jantung menjadi stabil.

4) Gelombang tenaga yang di hasilkan dari bacaan AlQuran boleh membetulkan atau mengubah corak gelombang pada sesuatu objek

Itulah Mukjizat Alquran dimana Allah sendiri yang menciptakannya.


Kristal
Kristal merupakan alat pemadat energi halus. Ini bererti bahawa ia dapat menyerap; menyimpan ; memprojessikan dan memfokuskan energi halus. Dalam ertikata kristal seperti sebuah bateri yang dapat diisi kembali sehingga dapat menyerap; menyimpan dan melepaskan energi elektrik. Dengan cara yang sama sebuah kristal boleh menyerap; menyimpan; memprojeksikan dan memfokuskan energi prana.


Kod 99 Asmaul Husna
Allah mempunyai nama-nama yang banyak dan bukan hanya sekadar nama tetapi ianya bagus dan sesuai dengan yang Empunya nama yang apabila kita sebut namaNya akan mempunyai pengaruh dan manfaat yang besar dan hebat sekali bagi setiap pekerjaan.

Allah berfirman dengan maksudnya:
Allah mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah) maka bermohonlah kepada Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu.....
(Al ’Araf ayat 180)


Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:
Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama iaitu seratus kecuali satu; barangsiapa yang menghafalkannya dia akan masuk syurga......
(HR Baihaqi)


Garam Kristal Galian
Elemen Garam Kristal Galian yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya. Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai " halite " (garam biasa) yang berkomposisikan sodium klorida NACL.

Daripada 84 elemen-elemen galian yang terdapat di dalam tubuh badan manusia, 72 dipercayai bahan paling penting diet yang sihat.

Penyebab utama kenapa molekul air itu boleh berubah:

Kalau penyebabnya itu adalah :
1. Frekuensi suara, maka suara Al-Quran adalah suara yang terbaik di dunia.
2. Gelombang fikiran, maka orang yang mampu melakukan itu adalah orang-orang soleh atau diredhai Allah
3. Pemfokusan Energi, maka orang yang memiliki kekuatan/energi yang besar adalah orang-orang soleh atau diredhai Allah.
Orang yang menyerahkan diri kepada Allah akan menjadi orang kuat, sebab Allah Mahakuasa dan Mahabijaksana. Allah tidak membiarkan orang yang menyerahkan diri kepadaNya menjadi lemah. Dia tidak akan membiarkan orang yang berpegang teguh pada hikmah dan kebijaksanaan Nya berjuang bersendirian. Allah berfirman: Jika Allah menolong kalian maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kalian.... (Al Imran ayat 160)

No comments: