Thursday, October 16, 2008

CARA MEMPERSEMPITKAN VAGINA

Tidak sedikit isteri yang tidak tertarik lagi melakukan hubungan seksual setelah mempunyai anak. Mengapa ini terjadi?
Memang tidak sedikit isteri yang mengaku tidak tertarik lagi melakukan hubungan seksual setelah mempunyai anak. Pada umumnya alasan yang dikemukakan oleh para suami ialah kerana isteri menjadi sibuk dan letih setelah mengurus rumahtangga dan anaknya.
Mungkin alasan itu benar, khususnya kalau isteri bekerja seorang diri tidak dibantu oleh orang lain. Tetapi mungkin pula alasan itu sengaja dibuat agar dapat menghindar dari aktiviti seksual dan hubungan seksual.
Memang tidak sedikit isteri yang tidak dapat menikmati kehidupan seksualnya selama berkahwin kerana sebab tertentu. Tetapi mereka tidak pernah menyampaikan masalah ini kepada suaminya. Mereka tetap sahaja melakukan hubungan seksual memenuhi permintaan sang suami kerana tidak berani menolak.
Setelah melahirkan dan mempunyai anak, terbukalah kesempatan untuk menghindar dari hubungan seksual yang dikehendaki suami. Dengan alasan letih dan sibuk mengurus anak, mereka mempunyai alasan untuk menolak keinginan suami.
Kemungkinan lain ialah isteri memang mengalami disfungsi seksual akibat melahirkan anak. Salah satu gangguan fizik yang dapat dialami oleh wanita setelah melahirkan ialah melemahnya otot-otot dasar pinggul yang terletak di sekitar vagina. Kelemahan otot tersebut dapat menimbulkan disfungsi seksual berupa halangan orgasme kerana rangsangan seksual yang diterima selama melakukan hubungan seksual menjadi berkurang. Akibatnya, dorongan seksual menjadi tertekan atau hilang sama sekali.
Sebahagian isteri dengan persetujuan suami menempuh cara melahirkan melalui pembedahan caesar agar vaginanya tidak berubah. Benarkah alasan itu?
Dalam proses melahirkan terjadi tekanan terhadap dinding vagina oleh bayi, khususnya oleh bahagian kepala bayi. Tekanan yang kuat oleh kepala bayi acapkali mengakibatkan tahanan otot-otot dasar pinggul di sekitar vagina menjadi lemah. Perubahan ini wajar terjadi sebagai akibat peregangan yang bersifat mekanik.
Tahanan otot vagina yang lemah ini, sang suami akan merasakan vagina isterinya longgar ketika melakukan hubungan seksual. Jadi kalau ada suami yang mengeluh vagina isterinya berubah setelah melahirkan, itu dapat dimengertikan dan dapat dijelaskan seperti di atas. Di pihak wanita sendiri, kelemahan otot sekitar vagina dapat mengurangi rangsangan seksual yang diterima selama melakukan hubungan seksual.
Untuk menghindari perubahan itu dan mungkin untuk menghindari keluhan suami, sebahagian isteri memilih cara pemnedahan caesar untuk melahirkan bayinya. Dengan cara pembedahan melalui dinding perut ini, maka tekanan oleh kepala bayi terhadap dinding vagina yang terjadi selama proses melahirkan dapat dihindari. Dengan demikian maka terjadinya kelemahan tahanan dinding vagina juga dapat dihindari.
Tetapi tentu sahaja tidak semua wanita mahu memilih cara pembedahan kerana alasan tertentu, iaitu perasaan takut kesan sampingan pembedahan, biaya yang cukup mahal, dan bekas luka pembedahan pada dinding perut yang mungkin dirasai mengganggu penampilan dinding perut.
Adakah cara untuk mengembalikan tahanan otot dinding vagina yang melemah kerana proses melahirkan?
Otot sekitar vagina yang melemah sebagai akibat tekanan kepala bayi selama proses melahirkan dapat dilatih agar menjadi lebih kuat. Tetapi hasilnya sangat tergantung kepada sejauh mana otot-otot itu mengalami peregangan sehingga lemah dan intensiti latihan yang dilakukan.
Cara melatih otot sekitar vagina ialah dengan latihan Kegel. Latihan ini dilakukan dengan mengencangkan dan mengendurkan kembali otot-otot dasar pinggul di sekitar vagina. Pada dasarnya latihan dilakukan dengan membuat gerakan mengencangkan otot dasar pinggul seperti ketika menahan aliran air kencing. Setelah otot dikencangkan beberapa lama, kemudian dikendurkan lagi. Demikian latihan dilakukan berulangkali sampai otot dasar pinggul di sekitar vagina menjadi lebih kuat. Tetapi tentu sahaja latihan ini memerlukan ketekunan dan waktu.
Sebahagian isteri melakukan pembedahan untuk mempersempitkan vaginanya dengan tujuan untuk memuaskan suami. Apakah ini memang suatu jalan keluar yang benar?
Ramai isteri yang berupaya dengan berbagai cara agar vaginanya yang dianggap longgar akibat melahirkan dapat menjadi seperti dulu lagi. Pada umumnya usaha tersebut dilandasi keinginan agar sang suami tidak melakukan penyelewengan seksual dengan orang lain. Tetapi sayang, usaha yang dilakukan tidak selalu benar dan baik. Tidak sedikit yang menempuh cara yang tidak benar dan mengandungi risiko terjadinya akibat buruk.
Salah satu cara yang ditempuh oleh sebahagian isteri ialah pembedahan vagina. Mereka mengharapkan setelah menjalani operasi diameter vagina menjadi lebih sempit, bahkan kembali ke ukuran sebelum menikah dan melahirkan anak.
Walaupun alasan pembedahan dapat diterima dan cara pembedahan pun dapat dilakukan, tetapi hasilnya tidak selalu menggembirakan. Tidak sedikit yang merasa kecewa kerana hasil pembedahan tidak seperti yang diharapkan. Yang lebih penting, walaupun vagina telah dibedah, belum tentu suami merasa puas. Masalahnya, kepuasan seksual juga akan mengganggu situasi emosi, bukan semata-mata hanya orgasme (kenikmatan seksual). Jadi tidak pasti sang suami merasa puas dan tidak melakukan penyelewengan seksual, walaupun isterinya sudah menempuh cara pembedahan untuk mempersempit ukuran vaginanya.
Apalah ertinya membenahi vagina kalau suami sudah merasa tidak tertarik lagi kepada isteri sebagai satu individu, kalau tidak ada lagi komunikasi yang baik, dan tidak ada lagi keterlibatan emosional.
Jadi sebelum menempuh pembedahan vagina, pastikan dulu masalah yang ada dengan suami. Apakah masalah utama memang terletak pada vagina yang tidak seperti dulu ataukah berpangkal pada masalah lain. Belum lagi kesan sampingan yang mungkin timbul dan proses pembedahan. Berhati-hati kepada kaum wanita dalam membuat pembedahan vagina kerana pernah seorg ibu meninggal dunia akibat dari pembedahan vagina di sebuah hospital.

GURAH VAGINA
Bahan-bahan dalam Gurah Vagina

1) Raja Satong – untuk merawat semua jenis barah, paru-paru, liver dan penyakit dalam tubuh.
2) Rambai Hutan, Akar jering, Akar Kerdas, Akar Gorek, Akar Petai, Akar Tebu Gajah, Akar Tekak Biawak dan Prakchin – untuk merawat medu dan uluran dan semua jenis angin dalam badan.
3) Urat Papan, Akar 100, Kerbau Jantan, Akar Sarsi – untuk merawat semua jenis penyakit urat saraf.
4) Ubi Pange – untuk merawat senggugut, buasir dan semua jenis luka dalam badan.
5) Kacip Fatimah, Mas Cotek Jantan dan Betina dan Bunga Pek Ma – untuk merapatkan dan menguatkan otot-otot vagina.
6) Tongkat Ali Hitam, Stunjang Bumi dan Ubi Jaga – untuk kesihatan, penyakit jantung dan kencing manis.


Prof.Dr.Hj.Shahrin Abd.Rahman PhD
Founder kepada Mind Gym Groups yang terdiri daripada:
Mind Gym Development & Training Centre
Qalbun Salim Healing Centre
Islamic Consultancy & Syar’iyyah Therapy
Kota Bharu, Kelantan.
www.mindgym2u.com
http://qalbunsalimhealingcentre.blogspot.com
http://mindgymkursus.blogspot.com
email: dr_hjshahrin@yahoo.com
Tel: +60129819425 (slps jam 9.30mlm)
Harga sebotol RM50/50bj
Ingin jadi pengedar? Silalah hubungi kami di talian di atas.